Saturday, January 22, 2011

SOALAN LAZIM



Pertanyaan dan soalan lazim mengenai Upah Haji dan Upah Umrah.



1)      Ibu bapa saya tidak meninggalkan harta, adakah upah  haji tersebut wajib ditunaikan?

Jika si mati semasa hiduonya tidak mempunyai harta atau wang untuk mengerjakan Haji tidak mengapa. Tetapi apabila si mati meninggalkan harta pusaka, wajarlah anak-anak mengkhususkan sebahagian wang pusaka untuk mengerjakan Haji untuk Allahyarham/mah orang tuanya.


2)      Siapa didalam kalangan adik beradik yang patut menghajikan Allahyarham ibu bapa kami?

Sesiapa yang patut untuk menghajikan Allahyarham ibu bapa  sepatutnya tidak boleh dipersoalkan. Sesiapa sahaja boleh mengerjakan Haji untuk orang tua kita mengikut kemampuan.


3)      Boleh atau tidak saya membuatkan haji untuk waris saya yang menghidap HIV.

Boleh. Jangan pertikaikan apa yang si mati lakukan di dunia kerana semua itu adalah urusan Allah.


4)      Nenek saya uzur, bolehkah dihajikan melalui Upah Haji?

Boleh. Situasi ini dapat dikategorikan sebagai Upah Haji Uzur Sariei. Masih Uzur tetapi dalam keadaan yang uzur amat sangat.


5)      Saya sihat, tetapi saya tidak pernah solat dan tidak tahu apa-apa tentang agama. Bolehkah Upah haji mewakilkan saya kerana saya mampu.

Tidak boleh. Tiada sebab untuk anda tidak mengerjakan haji sendiri dan mempelajari ilmu agama.


6)      Adakah boleh jika saya menghajikan arwah ibu saya pada tiap-tiap tahun?

Cukup hanya sekali. Jika ada kemampuan dan kelebihan wang elok juga dihajikan kepada saudara-saudara lain yang telah meninggal dunia yang  belum pergi dahulu, itu lebih afdal. Tetapi, tidak menjadi kesalahan untuk melaksanakan haji kali kedua untuk ibubapa kita.


7)      Bagaimanakah proses pemilihan yang dilakukan oleh pihak tuan, untuk mengerjakan Upah Haji dan Upah Umrah.

Kami mempunyai wakil di Mekah untuk melaksanakan Upah Haji setiap tahun. Mereka hanya boleh melaksanakan 1 haji sahaja untuk 1 tahun. Mereka yang menerima Badal Haji ini mestilah telah mengerjakan haji untuk diri sendiri, sebelum mengerjakan badal haji untuk orang lain.


8)      Bagaimana kami boleh percaya tentang kesahihan dan ketulusan pihak tuan dalam mengerjakan Upah Haji ini.

Dalam menlaksanakan Upah Haji, asas ketaqwaan merupakan syarat yang pertama. Setiap perlaksanaan ini, kami mulakan dengan proses berakad, ijab dan qabul. Dengan erti kata lain, berjanji kepada Allah untuk melaksanakan ibadah tersebut. Maka dengan sendirinya si penerima Haji tersebut yang menanggung segalanya sehingga haji itu dilaksanakan.

Untuk sebarang pertanyaan atau komen sila email kepada : sham_alhaj@yahoo.com

3 comments:

  1. saya ingin bertanya kepada pihak tuan..selepas membuat upah haji,adakah kita akan mendapat sijil pengesahan?

    ReplyDelete
  2. Ya. Kami menyediakan sijil khas. sila rujuk pakej sham al haj. Tq

    ReplyDelete
  3. Salam....sy nk tanya no tel ni namanya siapa....016 621 6749

    ReplyDelete